Monday, June 2, 2008

Lelah

Wahai kawan-kawanku
Adakah anda sepertiku
Belajar dan menghabiskan kerja sekolah tanpa jemu
Sehingga tidur lebih lewat daripada ibumu?


Kadang-kala kita berasa marah
Tiap-tiap hari menelaah
Tetapi kita tidak tetap sepandai mereka
Adakah kita yang salah?

Aku pun hairan
Inilah namanya dugaan hidup seseorang pelajar.
Belum lagi meniti hidup berdikari dan dalam dunia pekerjaan...
Tabahkanlah hati, Insya Allah kita dapat menghadapi ujianNya.
Amin.

Wednesday, May 21, 2008

Pencerakinan Sajak Anak Laut

This summary is not available. Please click here to view the post.

Tuesday, May 20, 2008

Ceramah Motivasi: Uztaz Fatris Bakaram 17/5

Ceramah motivasi dianjurkan oleh guru
Namun ada yang termangu
Duduk di sana bagai kayu
Kerana berasa terpaksa menghadiri sesi itu.
Apa yang mereka tidak nampak adalah satu,
iaitu ilmu ditimba pabila Ustaz bertutur.

Kata-kata Ustaz Fatris mencuit hati
Namun penuh makna dan dekat di hati
Alhamdulillah sesi ini dilancari
Kerana banyak pengajaran yang dapat dimanfaati.

Tidak lupa juga dengan deklamasi sajak yang dipersembahkan kepada kami
Sajak-sajak yang penonton gemari
Menggunakan kata dan frasa yang menerawang minda
Yang memberikan kesedaran kepada kita.

Ramai pelajar yang sudi menghadiri sesi itu
Dari sekolah-sekolah lain seperti Woodgrove, Hillgrove, Fajar dan banyak lagi.
Insya Allah mereka pun memanfaatkan apa yang didengari
Bukan sekadar masuk telinga kana keluar telinga kiri.

Dengan itu, bersamalah kita mengharungi onak dan duri
Dalam perjalanan kita sebagai pelajar bakal mengambil ujian peringkat 'O' ini.
Sekian, sampai di sini sahaja untuk hari ini.

Wassalam.

Tanah



red red soil


TANAH.

Keranaku begini
Ku dipijak setiap hari
Ku jarang menawan hati
Ku sentiasa sendiri
Kerana aku dibawah kamu semua ini.

Keranaku begini
Ku jadi lecak sejurus hujan mendirus
Ku tersisih
Kerana kau menyingkirkanku

Hanya kerana
aku berwarna perang yang kotor
semuanya pun akibat bekas tapak kasutmu,
yang memijakku.

Hanya kerana
aku di bawah kau memijakku,
tanpa kau ingat bahawa kau,
kaulah berasal dariku

Dan aku?
Akulah tanah,
yang kau pijak selama ini.

Thursday, February 21, 2008

Keputihanmu.



Sekilas pandang sesiapa pun akan tertarik
Keputihanmu seakan-akan memancarkan sesuatu sinaran
Mula-mula cahaya yang kau tayang
Lama-kelamaan kegelapan pula datang.

Asalnya kau putih segar
Ku ingatkan kau takkan berubah
Namun hatiku bubar
Kerana akhirnya kau layu dan bertukar.

Kini ku sedar
Jangan melihat orang hanya pada dasar
Kerana kita tidak tahu
Jika dia seperti yang kita sangkakan itu.


Musfirah Mahmood,
mendapat ilham daripada bunga ros yang dibelikan oleh Nabilah =D
Yang kini sudah begitu layu,
dan nyawanya seperti nyawa-nyawa IKAN.

Wednesday, February 20, 2008

Permentasan di Blackbox

Hmm, memandangkan blog sastera saya sungguh kosong dan seperti tidak bermaya, saya mencadangkan untuk meletakkan gambar-gambar saya dan rakan-rakan semasa kami ke One-Two-Six Cairnhill Arts Centre. Dapat juga kita imbas kembali masa lampau.(padahal tidak terlalu lampau, saya sahaja yang melampau) Teringat pula saya dengan permentasan pertama yang kami tonton di Blackbox, bertujuan untuk dinilai bersama dalam kelas.

Pada bulan Mac tahun lalu, kami menghadiri permentasan pertama sekali di Blackbox. Pelajar-pelajar yang tidak mengambil sastera juga turut serta untuk menonton bersama kami.

PERHIASAN KACA!
Apedaaa...

Sesi bergambar dengan pelakon permentasan itu.

Saya masih ingat lagi pelakon yang menjadi ibu di dalam perhiasan kaca ini kerana lakonannya yang hidup dan dapat memberi impak kepada penonton. Dengan suara lantangnya, dia seperti dapat mencantumkan perasaan dan fikiran para penonton dengan wataknya, lalu cerita itu sekaligus. Pelakon yang sangat dikagumi di Blackbox..Dia juga berlakon sebagai Tun Fatimah dalam permentasan seterusnya.

Kebetulan, hari itu hari lahir Azlin Arziana Bte Anwar. haha! Oleh itu, kami beramai-ramai menyambut hari lahirnya di kedai makan di Far East Plaza. Tengok tu muka Azlin, gembira sungguh! hahahahahah.

Bulan Ogos pula, kami menonton permentasan yang kedua. Kini, tidak ramai yang menonton tetapi ramai pelajar Sastera bersemangat pergi. Mestilah, kata pelajar Sastera...Permentasan itu adalah tentang Tun Fatimah. Tidak salah saya, permentasannya agar sekejap dan pada pendapat saya, tidak begitu menarik seperti Perhiasan Kaca, mungkin saya tidak tahu-menahu sangat tentang sejarah Melaka. Mujurlah ada sipnosis cerita yang diberikan oleh pihak Blackbox. Kalau tidak, sia-sia sahaja saya ke sana tanpa memahami apa yang saya tonton.

Malam itu juga, kami juga pergi ke Esplanade untuk menyaksikan pesta bunga api yang dijalankan lebih kurang lima belas minit. Agak menakjubkan tetapi orang ramai yang datang LEBIH menakjubkan. Kami seperti lemas dalam lautan manusia yang sungguh ramai itu! Hendak pulang pun susah...


Baru-baru ini juga kami menonton permentasan Campur Satu - Kisah Isi dan Rusuk. Itulah permentasan yang paling kelakar dan bahasa digunakan pula kasar, seolah-olah menyindir generasi kita yang hakikatnya, memang menggunakan perkataan-perkataan kasar itu. Namun itu, banyak juga yang dapat dipelajari dari permentasan itu.
Ini gambar dipetik oleh Cikgu setelah simpati melihat kami mahu mengambil gambar tetapi tiada sesiapa yang boleh menolong. haaha

& Nabilah terlupa membawa beg duit pada hari itu. haha!

Baiklah, itu sahaja permentasan yang telah kami hadiri. Saya amat berharap agar kami didedahkan kepada lebih banyak permentasan di Blackbox, ataupun di mana-mana sahaja.

Sampai di sini sahaja!
Wassalam.
=D

Tuesday, February 19, 2008

Siapa mati, Fi?

Siapa mati, Fi?
Ku terpinga-pinga tanya
Mulutku berbuih-buih seribu bahasa
Namun tiada siapa yang bersuara

Siapa mati, Fi?
Mataku melingas ke sana-sini
Orang ramai berkumpul dan berdiri
Roman wajah mereka terpancar perih

Siapa mati, Fi?
Cuping telingaku menangkap bunyi sedu
Tidak lupa juga pujuk rayu
Siapalah yang tahu
Jika malapetaka mahu berlaku?

Siapa mati, Fi?
Tidak lagi mahuku mengagak
Kerana ku tahu pasti realitinya akan membawa sebak
Ku hanya mampu berdoa kalau tidakpun bersajak
Untuk menjalani hidup yang penuh lecak.


Musfirah Mahmood.
Ilham datang daripada rakan madrasah saya, yang amat saya rindui.