Thursday, November 8, 2007

Pendidik Millenium: Watak & Perwatakan

Watak & Perwatakan
'Pendidik Millenium '
Oleh Khairool Haque Abdul KADIR
Dicetak dalam buku 'Purnama Senja' oleh Angkatan Asas




Setelah membaca Pendidik Millenium, saya mendapatkan bahawa cerpen ini mempunyai tiga watak iaitu, Cikgu Halim, Hakim dan Ms Wong.

Cerpen ini dimulakan dengan Hakim berasa kurang berpuas hati oleh apa yang dikatakan oleh Cikgu Halim. Dari ini, saya dapat menukilkan bahawa Cikgu Halim seorang yang cepat marah, sehingga tidak dapat mengawal perkataan atau caranya bermarah kepada pelajar-pelajar sehingga menyinggung perasaan mereka. Ada juga bukti-bukti lain yang mewujudkan perwatakan ini. Contohnya, dia suka marah tidak tentu pasal kepada murid-muridnya. Kadang-kala pula memberi alasan bahawa mereka telah membuat sesuatu yang salah dalam kerja sekolah mereka. Pernah satu kali itu dimana Hakim telah dimarahi kerana menulis karangan tentang zaman nabi yang berabad-abad lalu walaupun disuruh membuat tentang kaum-kaum berlainan bangsa. Cikgu Halim sentiasa mencari kesalahan murid-muridnya untuk melepaskan geramnya.

Namun begitu, Cikgu Halim juga mempunyai perwatakan positif yang mungkin tidak begitu nyata. Pada pendapat saya, saya rasa dia berkemampuan untuk menjadi guru yang baik kerana melihatkan daripada kesemua kerja sekolah yang dia berikan kepada anak muridnya, mereka semua dapat menolong meningkatkan penggunaan dan ilmu bahasa Melayu mereka. Kelemahannya hanya cuma caranya mengajar. Dia seorang yang pemalas dan bersikap lepas tangan. Di dalam kelas hanya marah kemudiannya memberi latihan kepada pelajarnya untuk dibuat di rumah dan dihantar pada keesokan harinya. Tambahan pula, latihan yang diberikan itu sememangnya berguna, hanya dia tidak mengajar murid-muridnya sesuatu pelajaran itu terlebih dahulu, sebelum menyuruh mereka buat latihan. Oleh itu, saya rasa jika dia tidak memakan gaji buta, dia mampu menghasilkan murid-murid yang cemerlang dalam bahasa Melayu.

Seterusnya, ada pula seorang watak yang mewujudkan konflik antara dirinya dan Cikgu Halim. Watak itu dikenali sebagai Hakim. Hakim seorang pelajar yang berfikiran luas dan hormat kepada gurunya. Apabila Cikgu Halim menyuruhnya menulis karangan, dia pandai mengaitkan ceritanya dengan zaman nabi yang berabad-abad lamanya sehingga gurunya sendiri tidak dapat melihat apa kaitannya dengan topik yang diberikan. Ini menunjukkan ceritanya berlainan dengan rakan-rakannya kerana hanya Hakim seorang sahaja yang dimarahi oleh gurunya kerana menggunakan gaya sebegitu. Walaupun dimarahi, dia teragak-agak untuk menjawab pertanyaan gurunya kerana dia takut dia bersikap biadab terhadap gurunya. Tidak seperti Cikgu Halim, Hakim dapat mengawalkan perasaan marah dan bencinya terhadap Cikgu Halim itu sendiri. Dia hanya menyimpan rasa marahnya itu di dalam hati.

Selepas Hakim pulang daripada latihan pengakap suatu hari itu, dia pula ternampak Cikgu Halim keluar daripada bilik guru dengan tergesa-gesa. Timbullah persoalan demi persoalan di benaknya apabila melihat beberapa perkara yang kelihatan agak pelik. Contohnya, sudah jam lapan tetapi Cikgu Halim baru hendak pulang. Bajunya pula ronyok dan dia berpeluh-peluh. Namun, Hakim, seorang yang suka berfikir, berasa ianya tidak logikal kerana bilik guru berhawa dingin dan hanya tinggal kereta Cikgu Halim dan Ms Wong di tempat letak kereta sahaja.

Akhir sekali, watak yang dipaparkan di dalam cerpen ini ialah Ms Wong, seorang pengetua sekolah yang mempunyai hubungan sulit bersama Cikgu Halim. Ms Wong seorang yang bermuka-muka dan juga tidak munasabah. Sewaktu di depan Cikgu Halim, dia bermanja-manjaan dengannya. Ketika Hakim mahu menemuinya di dalam bilik pengetua itu, sebaik sahaja mendengar namanya dan kelasnya, dia mengusirnya keluar tanpa sebarang sebab. Dia juga bukan seorang yang pengetua yang boleh diambil contoh. Bukankah seorang pengetua itu harus membimbing sekolahnya kepada kebenaran dan menjalankan tugasnya yang sebenar? Namun, Ms Wong, sebagai pengetua, telah melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah sekolah ataupun maruah dirinya apabila mempunyai hubungan sulit dengan seorang daripada gurunya sendiri. Walaupun dia percaya bahawa tidak ada sesiapa pun yang mempunyai syakwa sangka terhadap hubungan mereka, dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu kerana lama-kelamaan, kepalsuan itu akan terdedah juga.
Ok dabes.

Tuesday, November 6, 2007

Nanti deepavali baru post tugasan cikgu.